I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 6, 2010

Emas: Pelaburan Paling Stabil, Menguntungkan

Sumber : http://inimajalah.com


Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas sama pada masa sekarang - jutawanemas.com

Seorang pengkaji barat, Prof Roy W Jastram mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17.
Nah, ini suatu fakta yang mengujakan. Fakta hasil kajian ini terkandung di dalam buku  profesor berkenaan bertajuk ‘The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007′.
HEBAT... Kuasa beli emas kekal stabil berabad lamanya.
Fakta benar lagi bermanfaat ini didedahkan kepada umum sekali lagi oleh jutawanemas.com. Web yang dikendalikan Syukor Hashim itu memberi tumpuan khusus mengenai pelaburan emas dan berkaitan dengannya.
Apa maknanya apabila kajian itu mendapati ‘kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17′?
Berkaitan dengan persoalan ini,jutawanemas.com menegaskan bahawa:


“Satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang.
“Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas sama pada masa sekarang.
Syukor Hashim
“Memang mengkagumkan.”
Adakah wang tunai di tangan anda atau di dalam akaun anda di bank mampu mengekalkan kuasa beli sedemikian – tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan? Sudah tentu tidak.

Ternyata kuasa beli emas amat mengagumkan!
Menurut jutawanemas.com, Prof Roy W Jastram membuat kajian data daripada 1560 hingga 2007. Beliau mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itulah, profesor terbabit merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17.
Justeru, menurut jutawanemas.com, amat menguntungkan jika anda membeli dan menyimpan emas.
“Hasil analisis data 447 tahun di atas, (ia) akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
“Ini kerana sudah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun, malah ribuan tahun daripada sekarang,” demikian catat web terbabit dalam posting terbarunya.

No comments:

Post a Comment