I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 27, 2010

Mengapa kita perlu bertukar dari pelaburan biasa kepada pelaburan simpanan emas

salam sejahtera  kepada semua...
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!


Berdasarkan carta dibawah kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.


harga emas 10th

berikut di bawah adalah carta harga emas terkini dari bulan september 2009 hingga bulan september2010




sept 2009(1000 usd)sept 2010(1300)kenaikan harga emas sehingga hampir 30% dalam masa setahun..memang berbaloi



Bentuk fizikal emas dan nilai emas fizikal yang di keluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd.



emas20gram


Goldbar (Emas 999/24K) 20gram

emas50gram

Goldbar (Emas 999/24K) 50gram

emas100gram

Goldbar (Emas 999/24K) 100gram

syilingemas50gram

Goldcoin (Emas 999/24K) 50gram

1 dinar

1 dinar (emas 916/22K) = 4.25gram

5 dinar

5 dinar (emas 916/22K) = 21.25gram

10 dinar

10 dinar (emas 916/22K) = 42.5gram


Abu Bakar Ibn Abi Maryam telah berkata bahawa rasulullah s.a.w telah bersbda:
“akan tiba pada suatu zaman di mana tiada yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.maka simpan lah Dinar dan dirham”
-Musnad Imam Ahmad bin Hanbal

Kenapa Emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan


Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan

kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahundahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!

Sunday, September 26, 2010

Harian Metro 23 September 2010

Muka surat 30 Harian Metro Khamis 23 September 2010


Bagaimana Nak Jadi Dealer Public Gold


Amat mudah untuk menjadi Dealer Public Gold di bawah Rangkaian EmasUtara

Modal Rm300,000 - Master Dealer,
Rm20,000 - Normal Dealer (Promosi)

Langkah-langkah

1) Download borang Permohonan ---> BORANG

2) Isi dan Email kepada katrina@publicgold.com.my dan cc ruzs99@yahoo.com

3) Pihak Public Gold akan email Quotation / Sales Order berdasarkan Harga Semasa di WEB

4) Bank in kedalam akaun Public Gold International Sdn Bhd
- Maybank - 507134241707
- Public Bank - 6592525400
- Bank Islam -9010026801

5) Anda akan mendapat Komisen setiap beli emas dengan Public Gold

Master Dealer 2%
Normal Dealer 1.5%

6) Boleh dah berniaga JUAL/BELI emas Public GOLD nih


Dengan ada pamplet senang untuk berniaga emas (dapat free dengan PG)


Target Jualan = tiada
walaupun anda order 1 dinar dengan Public Gold anda akan dapat komisen....hehehehehe...memang best

Monday, September 6, 2010

Emas: Pelaburan Paling Stabil, Menguntungkan

Sumber : http://inimajalah.com


Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas sama pada masa sekarang - jutawanemas.com

Seorang pengkaji barat, Prof Roy W Jastram mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17.
Nah, ini suatu fakta yang mengujakan. Fakta hasil kajian ini terkandung di dalam buku  profesor berkenaan bertajuk ‘The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007′.
HEBAT... Kuasa beli emas kekal stabil berabad lamanya.
Fakta benar lagi bermanfaat ini didedahkan kepada umum sekali lagi oleh jutawanemas.com. Web yang dikendalikan Syukor Hashim itu memberi tumpuan khusus mengenai pelaburan emas dan berkaitan dengannya.
Apa maknanya apabila kajian itu mendapati ‘kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17′?
Berkaitan dengan persoalan ini,jutawanemas.com menegaskan bahawa:


“Satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang.
“Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas sama pada masa sekarang.
Syukor Hashim
“Memang mengkagumkan.”
Adakah wang tunai di tangan anda atau di dalam akaun anda di bank mampu mengekalkan kuasa beli sedemikian – tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan? Sudah tentu tidak.

Ternyata kuasa beli emas amat mengagumkan!
Menurut jutawanemas.com, Prof Roy W Jastram membuat kajian data daripada 1560 hingga 2007. Beliau mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itulah, profesor terbabit merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad 20 adalah hampir sama berbanding kuasa belinya pada pertengahan abad 17.
Justeru, menurut jutawanemas.com, amat menguntungkan jika anda membeli dan menyimpan emas.
“Hasil analisis data 447 tahun di atas, (ia) akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.
“Ini kerana sudah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun, malah ribuan tahun daripada sekarang,” demikian catat web terbabit dalam posting terbarunya.

Pengedar Sah Public Fine Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini 19 September 2010 genaplah 2 bulan saya berkecimpung di dalam perniagaan jual beli emas. Banyak dugaan telah saya tempuhi sepanjang perniagaan ini. Selain berniaga, saya juga telah mengetahui bahawa emas ini banyak kelebihan & peranannya. Selain sebagai aset & perlindungan, emas juga sebagai pelaburan yang paling selamat kerana ianya tidak susut nilai (tiada inflasi) malah bertambah nilai. Ia juga setanding pelaburan yang lain seperti hartanah. Emas juga paling mudah dibeli & paling mudah untuk dijual bila-bila masa. Oleh itu, sesiapa yang tidak berkemampuan untuk memiliki hartanah sendiri, eloklah bermula dengan melabur emas dahulu.

Yang paling utama sekali, matlamat kami sebagai peniaga emas (ejen) ialah untuk mengembalikan semula matawang Islam iaitu Dinar Emas. Ini barulah permulaan…Baru peringkat mendidik rakyat kita untuk mengenal ape itu Dinar Emas & apakah peranannya dalam Sistem Kewangan & Ekonomi Islam. Walaupun ilmu saya masih cetek dalam perihal Islam, sekurang-kurangnya saya boleh menyampaikan dakwah melalui perniagaan emas.

Oklah…Tujuan sebenar entri ini ditulis…saya cuma ingin mengistiharkan bahawa saya adalah pengedar sah (Dealer) kepada Public Fine Gold Int. Sdn Bhd. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk berurusniaga jual-beli produk emas pelaburan syarikat tersebut dengan saya. Saudara-saudari / Tuan-puan bolehlah melayari www.publicgold.com.my untuk mengesahkan bahawasanya saya adalah pengedar yang sah di Kedah dan Perlis


Nama : Mohd Fairuz Bin Hanafi
Dealer Code : A0773
Tel       : 012-4673888 / 019-4315888
Email   : ruzs99@yahoo.com
FB       : Mohd Fairuz
YM      : ruzs99

Sekian…